Wednesday, 28 December 2016
Hadiah Sebuah Kesunyian
Puas aku memujuk Zakiah agar bersabar.
Mudah aje aku melihat air matanya mengalir.
Sunyi katanya.
Semasa berumahtangga, ada suami pun terasa sunyi.
Setelah berpisah, tanpa suami pun tetap sunyi.
Sejak berkahwin lagi jiwanya sepi.
Jiwanya kosong.
Kosong tanpa kasih sayang.
Zakiah yang ceria, tetapi kosong jiwanya.
Handal berlakon!
Zakiah yang peramah, tetapi sepi bila sendirian.
Hah!
Zakiah yang aku kenali penuh dengan idea-idea yang kreatif.
Kelakar.
Rajin mengusik rakan taulan.
Pecah ketawa.
Zakiah itulah yang mengesat air mata apabila keseorangan.
Sibuk menguruskan anak-anak,
Sibuk menguruskan urusan pejabat,
Akhir bulan, menghitung pendapatan.
Cukup atau tidak untuk perbelanjaan anak-anak,
makan minum keluarga.
Kini, Zakiah yang sama.
masih mengukir senyum.
masih sibuk seperti dulu.
masih ramah seperti dulu.
mengharapkan
hari-hari sunyi bersama Ilahi
kerana indahnya sunyi itu,
sukar diungkapkan
bagi yang pernah merasai
sentiasa mengharap agar keindahan itu tidak berlalu pergi.
Hamba dalam Bahagia dan Derita
gambar hiasan
Lebih setahun aku tidak mencoret di dada Pesona Syariah yang mula 'usang' ini.
Alhamdulillah, rumah yang ditinggalkan ini tidak dimamah anai-anai dan tidak berkelambukan sarang labah-labah.
Moga dengan kehadiran tetamu-tetamu yang menziarahi rumah ini, menghadirkan sedikit cahaya yang menerangi.
Pelbagai rencam manusia aku hadapi.
Pelbagai kes aku kendali.
Semuanya menguji keupayaan dan kekuatan emosi yang membukit tinggi.
Dunia hitam putih yang aku lalui, bagaikan tidak berpenghujung.
Adakala, terasa sesak di dada.Membilang derita.
Suram.
Cerita semalam.
Cerita hari ini.
Cerita esok.
Cerita akan datang.
Adakah bahagia di penghujung cerita?
ya,
inshaaAllah dengan izin-Nya.
terus berdoa.
terus mengharap kepada Pencipta kita semua.
Derita hadir menghadiahkan keinsafan.
Bahagia menjengah menghadiahkan kesyukuran.
agar kita tetap 'hamba'
di dalam DERITA dan BAHAGIA.
Subscribe to:
Posts (Atom)