dengan Solekan Iman
1001 impian dilakarkan sebelum rumahtangga didirikan
1001 warna dihamparkan sebagai persediaan
Rumahtangga impian menjadi kenyataan
Apakah warna yang menjadi pilihan solekan?
- warna-warni penuh ceria bahagia?
- warna hitam pudar muram dan suram?
- warna merah penuh luka sengsara?
Tanggungjawab siapa?
Berus ditangan kanan kita... warna ditangan kiri kita...
Kitalah yang mewarnakannya dan mencorakkannya
Dan kita akan dipertanggungjawabkan atas segala solekan itu
Soleklah rumahtangga dengan warna-warna keimanan dan ketaqwaan
Hiasilah rumahtangga dengan akhlak yang mulia
Terangilah rumahtangga dengan alunan al-Quran
'Di antara tanda-tanda kekuasaanNYA ialah Dia menciptakan pasangan2 bagi kamu dari jenis kamu sendiri, agar kamu cenderung kepadanya dan merasa tenteram dengannya. Kemudian Allah menciptakan rasa kasih sayang di antara kamu...' (Ar-Rum : 21)
'Kaum mukminin yang terbaik imannya ialah yang terbaik akhlaknya, dan yang terbaik (akhlak) ialah yang terbaik (perlakuan) terhadap isterinya' (HR Tirmidzi)
'Yang terbaik di antara kamu ialah yang terbaik (akhlak) terhadap keluarganya' (HR Tabrani)
Cinta Berbunga Iman
Profesor Dr Yusuf Al-Qaradhawi ketika menulis dalam bukunya yang bertajuk Al-Iman wal-Hayah, ada menyelitkan satu kisah pergaduhan antara suami dan isteri.
Pada suatu hari sang suami marah kepada isterinya dan berkata: “Aku akan memusnahkan kebahagiaanmu.”
Lalu isterinya itupun menjawab: “Engkau tidak akan dapat merampasnya dari diriku.”
Suaminya berkata lagi: “Mengapa tidak, aku akan mengambil segala-galanya sehingga engkau akan merana.”
Dengan tenang isterinya menjawab: “Bagaimana mungkin kau akan merampas kebahagiaan dari diriku kerana ianya tertanam dalam hatiku, bahagia yang aku rasa ialah imanku pada Tuhanku.”
Demikianlah keimanan seorang isteri kepada Allah dan Rasul-Nya sudah cukup baginya walaupun tanpa emas dan permata. Bukankah Asiah isteri Firaun telah memberi teladan?
Beliau sanggup kehilangan segala-galanya demi cintanya kepada Allah. Iman yang benar adalah iman yang dapat menyinari hatinya, menunjukinya jalan yang baik dan menyelamatkan diri dari jalan yang sesat.
Seorang suami seharusnya dapat menyediakan sarana untuk memastikan keimanan yang menjadi punca kebahagiaan isterinya terwujud. Mengajarkan isteri tentang ilmu-ilmu agama dan mengajaknya bersama-sama beribadah adalah cara yang sesuai untuk memastikan tahap keimanan dalam rumah sentiasa tinggi.
PELIHARALAH KELUARGAMU
DARIPADA BAKARAN API NERAKA!!
Ya Allah, berilah kekuatan kepada kami untuk menjaga ahli keluarga kami dari api neraka. Suami sebagai nakhoda kapal hendaklah memastikan beliau mengendalikan bahtera keluarga berdasarkan kompas iman dan taqwa untuk menuju ke matlamat.
Ya Allah, jadikanlah kami orang yang baik dalam melayani isteri dan anak-anak kami. Sesungguhnya mereka adalah amanah yang diberikan ke atas kami.
Buktikan kasih sayangmu terhadap keluarga. Bukan hanya sekadar kata-kata sayang. Peliharalah keluargamu dari bakaran api neraka Allah swt!!
Buktikan kasih sayangmu terhadap keluarga. Bukan hanya sekadar kata-kata sayang. Peliharalah keluargamu dari bakaran api neraka Allah swt!!
ADAKAH ANDA ORANG YANG PALING BAIK
TERHADAP KELUARGA ANDA?
Rasulullah saw bersabda : 'Seseorang tidal boleh memukul isterinya seperti seekor keldai. Dia memukulnya di pagi harinya kemudian dia menidurinya di malam harinya' (HR Bukhari)
No comments:
Post a Comment