Sunday, 2 July 2017

Simtom penderaan emosi

Simtom penderaan emosi


Sebelum saya menyambung komentar saya berkenaan drama 'Andainya Takdir', ingin saya kongsikan simtom-simton penderaan emosi. Oleh kerana saya berdepan dengan klien-klien yang mempunyai latarbelakang penderaan fizikal, emosi, mental, kewangan dll, maka sebagai pengamal undang-undang, saya perlu menambah ilmu pengetahuan tentang aspek penderaan yang mereka lalui. Saya perlu mengetahui tahap ketahanan klien saya, dari segi mental dan emosi, apa yang perlu saya lakukan untuk membantu mereka. Saya perlu memahami apa yang berada dalam fikiran mereka, apa yang mereka rasai, dan sebagainya.

Kebanyakan klien yang mengalami penderaan emosi, mereka akan berada dalam situasi yang keliru. Mereka sukar untuk membezakan antara yang betul dan salah. Ini adalah kerana di dalam perkahwinan, mereka sering dipersalahkan dalam kebanyakan perkara walaupun mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan.

Jadi, tidak hairanlah jika mereka selalu bertanya dan meminta kepastian sama ada tindakan mereka betul atau salah.
Ini adalah antara soalan atau kenyataan mereka,
'Betul ke apa yang saya buat ni?',
'Saya tidak berdosa ke?',
'Boleh ke saya cerita kepada puan?',
'Semua ini salah saya...',
'Saya tak tahu mana betul mana salah'
'Suami saya kata apa yang saya buat semua salah'
'Suami saya kata saya berdosa jika saya mengadu kepada sesiapa'
'Suami saya kata saya isteri nusyuz jika keluar rumah (walaupun ke pejabat agama, rumah ibubapa)'
'Suami saya kata saya salah dan berdosa dedah rahsia rumahtangga (kena dera)'
'Saya bingung'

Saya senaraikan bawah ini antara soalan-soalan yang saya petik daripada laman web http://www.lilaclane.com/relationships/emotional-abuse/

Take a moment to consider these questions.  Your partner might have behaved as though these things were okay, even though it's obvious that they aren't okay...:

Do you feel that you can't discuss with your partner what is bothering you?
Does your partner frequently criticize you, humiliate you, or undermine your self-esteem?
Does your partner ridicule you for expressing yourself?
Does your partner isolate you from friends, family or groups?
Does your partner limit your access to work, money or material resources?
Has your partner ever stolen from you?  Or run up debts for you to handle?
Does your relationship swing back and forth between a lot of emotional distance and being very close?
Have you ever felt obligated to have sex, just to avoid an argument about it?
Do you sometimes feel trapped in the relationship?
Has your partner ever thrown away your belongings, destroyed objects or threatened pets?
Are you afraid of your partner?

One aspect of emotional abuse is that it eventually brainwashes the victim.

THE PROCESS OF BRAINWASHING
(MIND CONTROL)


1. The brainwasher keeps the victim unaware of what is going on and what changes are taking place.
Your partner might control your finances, make plans for you, or not tell you what his plans are until the last minute.  He may talk about you to others behind your back, to isolate you from them.

2. The brainwasher controls the victim's time and physical environment, and works to suppress much of the victim's old behavior.  The victim is slowly, or abruptly, isolated from all supportive persons except the brainwasher.

Your partner might have insisted that you stop certain social, hobby, or work activities.  You might have gotten moved to a new location, farther away from your family and friends.  Or you may have been asked (or told) to reduce or stop contact with specific supportive people in your life.

3. The brainwasher creates in the victim a sense of powerlessness, fear, and dependency.
Verbal and emotional abuse creates these emotions, and they become stronger and stronger over time.

4. The brainwasher works to instill new behavior and attitudes in the victim.
Your partner trains to you behave in ways that he wants you to behave.  He gradually makes you feel differently about yourself, and erodes your confidence in yourself. 

5. The brainwasher puts forth a closed system of logic, and allows no real input or criticism.
In other words -- What he says, goes.


Pattern pendera ini kebanyakannya lebihkurang sama sahaja. 

COMMON CHARACTERISTICS OF ABUSERS(adapted)
* He was verbally abused as a child, or witnessed it in his own family.
* He has an explosive temper, triggered by minor frustrations and arguments.
* Abusers are extremely possessive and jealous.  They experience an intense desire to control their mates.
* His sense of masculinity depends on the woman's dependency upon him.  He feels like a man only if his partner is totally submissive and dependent on him.
* Abusers often have superficial relationships with other people.   Their primary, if not exclusive, relationship is with their wife/girlfriend.
* He has low self-esteem.
* He has rigid expectations of marriage (or partnership) and will not compromise.  He expects her to behave according to his expectations of what a wife should be like; often the way his parents' marriage was, or its opposite.  He demands that she change to accommodate his expectations.
* He has a great capacity for self-deception.  He projects the blame for his relationship difficulties onto his partner.  He would not be drunk if she didn't nag him so much.  He wouldn't get angry if only she would do what she's supposed to do.  He denies the need for counseling because there's nothing wrong with him.  Or he agrees to get counseling and then avoids it or makes excuses to not follow through.  He might not want her to get counseling because, he reasons, she wouldn't have any problems if she only turned to him.
* He may be described as having a dual personality -- he is either charming or exceptionally cruel.  He is selfish or generous depending on his mood.
* A major characteristic of abusers is their capacity to deceive others.  He can be cool, calm, charming and convincing:  a con man.
* The mate is usually a symbol.  The abuser doesn't relate to his partner as a person in her own right, but as a symbol of a significant other.   This is especially true when he's angry.  He assumes that she is thinking, feeling, or acting like that significant other -- often his mother.


Thursday, 29 June 2017

Realiti 'Andainya Takdir' - 2

Shukri Yahaya (Airil), Puteri Balqis (Aleeya) dan Nina Iskandar, (Fatihah) teraju utama drama Andainya Takdir

#5

Bukan mudah untuk melakonkan watak Airil, Fatihah dan Balqis.

Gelodak emosi yang meruntun jiwa menjemput rasa simpati kepada mereka dan pada yang sama geram dan benci pun ada. Geram dan marah pada sikap Airil yang terlalu ganas dan tidak berperikemanusiaan. Geram dan marah pada sikap Fatihah yang masih 'buta cinta' dan masih sanggup membiarkan diri menderita. Tentunya ada yang masih mengharapkan Airil berubah, mengharapkan Fatihah terus bertahan demi mempertahankan rumahtangga yang dibina. Tak salah mengharap dan meletakkan harapan yang tinggi. Setiap kita ada kadar ketahanan diri menghadapi ujian Ilahi. Dan sungguh Allah tak uji kecuali kepada mereka yang mampu menghadapinya.

#6

Airil

Memang ramai lelaki begini. Tak mengenal usia dan pangkat. Ada kaunselor, ada yang ber'title'kan PHD, polis, tentera, professional, golongan tak bekerja, golongan yang berpendidikan dan kurang berpendidikan. Pendek kata, mereka berada di kalangan kita. Dan agak sukar untuk mengenali mereka kecuali isteri dan anak-anak yang hidup bersama. Ada di antara mereka yang sangat baik, lemah lembut, 'pijak semut pun tak mati' di hadapan keluarga dan rakan-rakan. Hanya mereka yang betul-betul rapat dan pernah hidup serumah sahaja yang mengenali insan-insan ini.

Dalam 'Andainya Takdir' ini, Airil mengetahui dan mengakui kelemahan dirinya. Cemburu buta, mendera isteri, sukar tahan marah. Tetapi tak ada pula ditunjukkan usaha-usaha untuk merawat 'penyakit'nya tu secara betul dan professional. Kalau setakat berjanji, berbuih mulut berjanji, ia pasti akan berulang. Kebanyakan kes kat luar ni, sang suami ni tak menyedari 'penyakit'nya. Mereka lah yang perfect, bagus, yang silap dan salah adalah isteri.

Saya suka juga membaca dan mengkaji sifat suami yang begini. Apabila berdepan dengan mereka, peguam juga adakala terpaksa bertindak sebagai kaunselor dan mengetahui kaedah-kaedah terbaik untuk menyelesaikan kes-kes mahkamah secara baik. Itu untuk kebaikan klien juga. Elakkan perbalahan semasa perceraian, kerana perjalanan hidup mereka masih panjang, apatah lagi jika mereka mempunyai anak-anak yang memerlukan kasih sayang keduanya.




"Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang"


Persoalannya, Bagaimana untuk membantu Airil?

Realiti "Andainya Takdir" - 1


#1

Hari raya tahun ini ramai yang memberi komentar tentang drama bersiri 'Andainya Takdir' yang mengisahkan keganasan rumahtangga. Hari ini, Raya ke-5 sempat meluangkan masa menonton online episod 15 dan 16, nak tahu apa kesudahan cerita keganasan rumahtangga ni, adakah masih mempertahankan mahligai yang dibina ataupun memilih kehidupan baru yang lebih bermakna.

Tahniah kepada penulis skrip dan penerbit, pengarah dan team mereka. Moga terus menerbitkan drama-drama yang berkualiti.

#2

Sinopsis drama ini saya petik daripada blog : http://www.layanon9.biz/2017/05/andainya-takdir-2017-slot-samarinda-tv3.html

Mengisahkan ketabahan Fatihah (Nina Iskandar) dalam mempertahankan rumah tangganya bersama Airil (Shukri Yahya) yang penuh cabaran. Pasangan suami isteri ini mempunyai seorang puteri yang bernama Aleeya (Puteri Balqis). Kehidupan tiga beranak ini sentiasa dalam keadaan genting kerana Airil merupakan seorang yang panas baran dan cemburu buta. Segala perbuatan Fatihah dipantau oleh Airil dan setiap perbuatan Fatihah yang dilakukan tanpa kenan Airil, Fatihah pasti akan dipukul sehingga lebam.

Fatihah yakin bahawa dia mampu bertahan dengan sikap suaminya yang sebegitu demi Aleeya. Namun, kesengsaraannya tidak tertumpu kepada suaminya sahaja, sikap ibu mertuanya pula tidak menyumbangkan sebarang kebaikan dalam perkahwinannya. Ibu mertua Fatihah, Normah (Sheila Mambo) sentiasa bersikap keras kepala, menghasut, dan berprasangka buruk sentiasa membuat Fatihah kegetiran. Normah sememangnya tidak disenangi orang kampungnya kerana sikapnya yang suka menuduh tanpa soal siasat. Fatihah juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa buli emosi Normah apabila segala permintaan Fatihah kepada suaminya ditentang olehnya. Airil pula sentiasa menyebelahi ibunya sehingga sering membuat Fatihah berasa terpinggir.

Pahit getir Fatihah bertambah lagi dengan iparnya, adik kepada Airil, Norlin (Annie Ariffin) yang obses kepada kanak-kanak sentiasa dengki terhadapnya kerana Norlin tidak mampu untuk mempunyai zuriat. Cemburu dengan Fatihah yang cantik, tambahan pula mempunyai Aleeya, seorang anak yang tidak kurang cantiknya dan bijak, Norlin sentiasa menghasut ibunya untuk memaksa abangnya pulang ke kampung kerana Norlin ingin bermain dengan Aleeya. Sekiranya tidak dituruti permintaannya, Norlin mengugut untuk tidak pulang ke kampung juga.

Sungguhpun Airil mempunyai masalah panas baran dan sentiasa memukul Fatihah, dia sebenarnya terlalu menyayangi Fatihah. Airil juga berusaha untuk mengubah sikapnya dengan mempelajari cara-cara untuk mengawal sikap cemburu dan kemarahannya yang melampau itu.

Dapatkah perkahwinan Fatihah bersama Airil bertahan? Mampukah Fatihah bertabah dengan segala cabaran kehidupannya? Adakah Normah, Norlin, dan Airil berubah sikap demi mengecapi sebuah keluarga yang harmoni?

#3

Sebagai pengamal undang-undang, lebihkurang 17 tahun mengendalikan kes-kes perceraian, dan tentunya ada yang melibatkan kes-kes keganasan rumahtangga. Wanita yang terlibat dalam keganasan rumahtangga bukanlah wanita yang lemah, tetapi mereka mempunyai 1001 alasan untuk mengekalkan rumahtangga dan berusaha ber'mati'an dan ber'cedera'an untuk itu. Kenapa ya? Wanita-wanita ini ada dikalangan kita, mungkin mereka sahabat karib kita, jiran kita, rakan sepejabat kita, adik kakak kita. Dan yang anehnya, mereka inilah yang kelihatan paling ceria dan paling gembira. Mereka cuba untuk menggembirakan hidup orang lain, sementelahan mereka hidup dalam penderitaan.

#4

Mungkin ada antara kita yang bertemu dengan pengamal undang-undang yang agak 'emo' atau lebih 'sudu daripada kuah' daripada klien mereka sendiri. Kenapa? Kerana bila berdepan dengan wanita-wanita yang hidup dalam kitaran keganasan rumahtangga ini, ada antara mereka yang bermain tarik tali. Kejap nak filing case. Bila dah filing, minta tarik balik kes sebab suami datang pujuk beri hadiah tudung bla bla bla. Lepas tu, datang semula dengan keadaan lebam / menangis / tidak terurus minta filing case. Lepas tu........ Lawyer pun pressure bila termasuk dalam kitaran hidup klien yang didera ini. Kadang-kadang kami pun rasa ter'dera' emosi dan mental. Saya sendiripun pernah disumpah seranah oleh suami-suami begini hingga mendoakan firma saya ditutup dan lingkup. Belum sentuh lagi bab keselamatan diri kami sebagai peguam-peguam wanita yang sedaya upaya membela nasib wanita teraniaya apabila berdepan dengan lelaki-lelaki sebegini.


Wednesday, 28 December 2016

Hadiah Sebuah Kesunyian



Puas aku memujuk Zakiah agar bersabar.
Mudah aje aku melihat air matanya mengalir.
Sunyi katanya.
Semasa berumahtangga, ada suami pun terasa sunyi.
Setelah berpisah, tanpa suami pun tetap sunyi.

Sejak berkahwin lagi jiwanya sepi.
Jiwanya kosong.
Kosong tanpa kasih sayang.

Zakiah yang ceria, tetapi kosong jiwanya.
Handal berlakon!

Zakiah yang peramah, tetapi sepi bila sendirian.
Hah!

Zakiah yang aku kenali penuh dengan idea-idea yang kreatif.
Kelakar.
Rajin mengusik rakan taulan.
Pecah ketawa.

Zakiah itulah yang mengesat air mata apabila keseorangan.
Sibuk menguruskan anak-anak,
Sibuk menguruskan urusan pejabat,
Akhir bulan, menghitung pendapatan.
Cukup atau tidak untuk perbelanjaan anak-anak,
makan minum keluarga.

Kini, Zakiah yang sama.
masih mengukir senyum.
masih sibuk seperti dulu.
masih ramah seperti dulu.

mengharapkan
hari-hari sunyi bersama Ilahi
kerana indahnya sunyi itu,
sukar diungkapkan
bagi yang pernah merasai
sentiasa mengharap agar keindahan itu tidak berlalu pergi.

Hamba dalam Bahagia dan Derita

gambar hiasan


Lebih setahun aku tidak mencoret di dada Pesona Syariah yang mula 'usang' ini.

Alhamdulillah, rumah yang ditinggalkan ini tidak dimamah anai-anai dan tidak berkelambukan sarang labah-labah.

Moga dengan kehadiran tetamu-tetamu yang menziarahi rumah ini, menghadirkan sedikit cahaya yang menerangi.

Pelbagai rencam manusia aku hadapi.
Pelbagai kes aku kendali.
Semuanya menguji keupayaan dan kekuatan emosi yang membukit tinggi.



Dunia hitam putih yang aku lalui, bagaikan tidak berpenghujung.
Adakala, terasa sesak di dada.
Membilang derita.
Suram.

Cerita semalam.
Cerita hari ini.
Cerita esok.
Cerita akan datang.

Adakah bahagia di penghujung cerita?

ya,
inshaaAllah dengan izin-Nya.
terus berdoa.
terus mengharap kepada Pencipta kita semua.

Derita hadir menghadiahkan keinsafan.
Bahagia menjengah menghadiahkan kesyukuran.
agar kita tetap 'hamba'
di dalam DERITA dan BAHAGIA.

Tuesday, 9 June 2015

Isteri setia akhirnya kecundang dek kata nista


Isteri setia akhirnya kecundang dek kata nista

Hampir 25 tahun Alia (bukan nama sebenar) 'berkhidmat' dan melayani suaminya. Anak tunggal yang telah kematian kedua ibu bapa terpaksa berpindah dari bandar Kuala Lumpur ke kampung halaman suami setelah suami terlibat dalam kemalangan jalan raya. Alia menjaga suaminya yang koma selama 6 bulan dan menanggung segala perbelanjaan rumahtangga, pendidikan anak-anak dari kecil hinggalah dewasa.
Setelah kemalangan, suaminya berubah sikap. Menjadi panas baran, meninggikan suara dan memanggil Alia dengan pelbagai gelaran, 'perempuan gila', 'ibu beruk' dan pelbagai kata nista. Merah padam muka Alia menahan malu apabila ditengking dan dimarahi dihadapan ahli keluarga suaminya. Terasa sungguh rendah maruahnya. Terasa diri tiada apa-apa. Semua kesedihan ditahan apabila memikirkan anak-anak yang masih kecil dan tiada siapa tempat mengadu. Permintaan Alia untuk berpindah ke rumah lain dihalang oleh ibu bapa suaminya dengan pelbagai alasan.
Sehinggalah tiba suatu hari, berlaku pertengkaran kerana Alia bertanyakan suaminya tentang nafkah diri dan anak-anaknya yang mula diabaikan oleh suami yang dikasihi. Akhirnya keluarlah kata-kata yang sangat mengguriskan hati Alia, 'Aku menyesal bernikah dengan kau. Selama ni memang aku langsung tak sayangkan kau. Aku simpan aje kau'.
Terjelepuk Alia di atas lantai. Menggigil. Menangis. Rasa nak meraung sekuat hati. Sampainya hati suaminya berkata sedemikian setelah 25 tahun Alia bersabar mempertahankan mahligai perkahwinan. Apa yang perlu dilakukan? Kenapa ini berlaku? Apa salah aku? Macam-macam persoalan menerjah fikiran Alia. 
Kering sahaja wajah suaminya. Tiada rasa bersalah.
Sekelip mata rasa cinta seolah ditarik dari hati Alia terhadap suaminya. Sukar lagi untuk menatap wajah suaminya. Kebencian mula memenuhi segala ruang hatinya. Segala yang berlaku sepanjang tempoh perkahwinan bagaikan tayangan video yang berulang-ulang dimainkan tanpa henti. Setiap kali tayangan diulang, air matanya laju menitis. Hinggalah terasa tiada apa lagi yang tinggal. Dan kaki akan terus diatur melangkah pergi tanpa sesal.
Wahai suami, ketahuilah, lembutnya hati si isteri, sabar dan tabahnya si isteri bersamamu, andai disia-siakan hati yang lembut umpama kerak nasi boleh menjadi sekeras batu.

Tuesday, 4 September 2012

Suami menderita menanggung potongan nafkah tinggi


Suami menderita menanggung potongan nafkah tinggi



Petang ini seorang klien lelaki datang tanpa sebarang temujanji ke pejabat saya. Lebihkurang 10 minit jugalah dia terpaksa menunggu kerana saya terpaksa menyiapkan surat-surat dan dokumen-dokumen yang urgent untuk difailkan di Mahkamah Tinggi.

Suatu `kelegaan'tampak di sebalik riak mukanya yang agak keletihan ketika beliau dipanggil masuk. Mungkin penat seharian bekerja mencari rezeki untuk anak isteri di rumah.

`Ya, ada apa yang boleh saya bantu En X?' soal saya sambil menghadiahkan senyuman.

Apalagi, panjang lebar En X menceritakan masalah yang dihadapi oleh beliau. Beliau telah disaman oleh bekas isteri yang menuntut nafkah anak-anak seramai 4 orang. Gaji beliau telah dipotong sebanyak RM700-00 sebulan melalui suatu perintah mahkamah apabila beliau gagal hadir semasa perbicaraan.

`Bukan apa puan, selama ni saya bayar nafkah anak-anak setiap bulan tanpa gagal. Paling rendah RM400-00. Kalau ada rezeki lebih, kadangkala saya masukkan RM700-00 dalam akaun bekas isteri. Duit gaji bulanan saya ni cukup-cukup makan jer. Isteri saya sekarang ni dah cukup sabar dah. Macam-macam kerja dia buat untuk bantu kewangan menampung perbelanjaan keluarga, jual ais krim, nasi lemak, macam-macam la. Puan, cuba tengok ni perbelanjaan bulanan saya' ujar En X sambil mengunjuk pernyataan pembelaan yang ditaipnya sendiri kerana semasa perbicaraan yang lepas beliau tidak melantik peguam syarie.

`Ok jugak, pembelaan En X ni bagi seorang awam seperti beliau', bisik hati saya sendirian.

Pendapatan bulanan : RM 2,600-00
Tolak RM 900-00
(epf, socso, angkasa, tabung haji)
Gaji bersih RM 1,700-00

Perbelanjaan :
a) Sewa Rumah RM 300-00
b) Hutang kereta (CIMB) RM 450-00
c) Hutang Ambank RM 250-00
d) Bil Api & Air RM 50-00
e) Pinjaman Perumahan RM 600-00
f) Petrol RM 200-00
g) Bil Telefon RM 80-00
h) Belanja Rumahtangga RM 300-00
i) Persekolahan Anak RM 200-00
Jumlah RM2,430-00

`Ini belum masuk kalau emergency lagi. Biasanya kalau ada ahli keluarga masuk hospital, anak-anak sakit, saya terpaksa buat tebal muka minta pinjam daripada keluarga dan rakan-rakan. Korek sana, kambus sini. Perit betul. Kewangan saya betul-betul kritikal ni puan. Biasanya kita keluarga, susah sama susah, senang sama senang. Tapi bila gaji bersih saya dipotong RM700-00, baki yang tinggal hanya RM1,000-00. Saya nak pusing-pusing duit untuk bayar hutang dan perbelanjaan rumah pun sangkut ni. Lagi pun, anak-anak saya dengan bekas isteri dah besar. Anak pertama dan kedua dah masuk IPT, dapat pinjaman. Anak ketiga dan keempat masih sekolah menegah dan rendah. Setiap kali hari raya, saya tak dapat nak beraya dengan anak-anak, walaupun saya dah beri wang belanja hari raya'

Kadang-kadang kita sebagai peguam ni kena bertindak bukan sahaja sebagai peguam dan klien, tapi sebagai sahabat, kaunselor... menjadi pendengar setia kepada mereka. Saya seterusnya memberikan kata-kata semangat dan beberapa alternatif kepada en X untuk mengakhiri pertemuan pada petang tersebut.

`Terima kasih puan, lega sikit rasanya. Ringan sikit kepala saya ni. Betul kata puan, ujian Allah ni pelbagai. Ujian Allah ni tanda kasih sayang Allah. Ujian Allah ni sesuai dengan kemampuan hambaNya. Kalau tak sabar, silap-silap haribulan saya dah masuk tanjung rambutan... hehe' ujar En X dalam nada bergurau. Mungkin untuk meredakan keresahan yang melanda beliau.

Jam di dinding dah menunjukkan pukul 6.15 petang. Terdapat staf yang masih tekun menaip komputer untuk menyiapkan amanah yang diberi dalam tempoh masa yang ditetapkan.

`Ok lah En X, dah lewat ni. Jangan lupa untuk menghantar dokumen-dokumen yang saya minta esok ya'

`Baik puan. Maaf, saya ambil masa puan untuk bersama dengan anak-anak di rumah' balas En X sambil mengemas dokumen-dokumen di atas meja dan memasukkan ke dalam fail coklat yang dibawa bersama.

Saya telah bertindak mewakili para bapa atau suami dalam kes-kes syariah sebelum ini dengan pelbagai masalah. Masalah hadhanah, nafkah, di dera isteri dan macam-macam lagi.

Suka saya untuk merujuk kajian oleh Nik Noriani Nik Badlishah dalam buku terbitan DBP bertajuk Undang-Undang Keluarga Islam, Nafkah dan Hak-hak kewangan Lain' yang menyatakan bahawa kebanyakan jumlah yang diperintahkan oleh Mahkamah Syariah kepada bapa untuk membayar nafkah sekitar RM50. Terdapat juga kes apabila bapa mampu untuk memberikan sebanyak RM300-00 untuk seorang anak pada setiap bulan tetapi bilangannya sedikit.

Tuntutan nafkah terutamanya nafkah anak perlu diperintahkan apabila perintah perceraian dikeluarkan. Tidak kiralah sama ada perceraian itu secara talak, taklik, fasakh atau khulu', atau sama ada isteri tersebut disabitkan sebagai nusyuz. Ini kerana, anak tidak melibatkan isu nusyuz.

Oleh yang demikian, mahkamah boleh memerintahkan supaya bapa membayar terutamanya nafkah anak apabila perintah perceraian dikeluarkan.

Seksyen 73(1)(c) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (WP) 1984 memperuntukkan :
`Mahkamah boleh pada bila-bila masa memerintahkan seorang lelaki membayar nafkah untuk faedah mana-mana anaknya'

Saya teringat firman Allah swt dalam surah Anfal, ayat 28 :
`Dan ketahuilah bahawasanya harta kekayaan dan anak-anak kamu adalah cubaan hidup dan sesungguhnya di sisi Allah lah pahala yang amat besar'

Sunday, 2 September 2012

Lafaz talak beribu-ribu - adakah jatuh talak?


Lafaz talak beribu-ribu – adakah jatuh talak?


Dewasa ini pelbagai persoalan timbul dengan ungkapan perceraian oleh suami dengan menggunakan pelbagai `wording’ atau lafaz perkataan serta menggunakan pelbagai kaedah teknologi terkini termasuklah sistem khidmat pesanan ringkas dan lain-lain.

Nampak seperti mudahnya perceraian yang berlaku dan murah sekali harga sebuah perkahwinan. Keletihan dan beban hutang yang ditanggung semasa mengadakan majlis perkahwinan yang gilang gemilang masih lagi terasa. Ringan mulut menuturkan ungkapan `apa nak buat, jodoh tak ada’.

Terdapat juga pasangan yang bersungguh-sungguh berusaha untuk mempertahankan rumahtangga yang dibina, tetapi disebabkan kejahilan tentang hukum hakam perkahwinan, maka mahligai bahagia yang dibina roboh begitu sahaja. Terbayang wajah anak-anak yang masih kecil tertanya-tanya dan keliru dengan perpisahan yang berlaku antara ibu dan ayah yang masih kuat dan utuh ikatan kasih sayang mereka.

Di dalam hal ini, ingin saya berkongsi satu contoh kes di mana si suami telah melafazkan kalimah cerai terhadap isteri dengan ungkapan lafaz taklik, `kalau you jumpa dia (Jamaluddin), jatuh talak beribu-ribu’. Tidak dinafikan bahawa si isteri masih terus berjumpa Jamaluddin selepas lafaz taklik tersebut. Suami menyatakan bahawa beliau tidak berniat untuk menceraikan isteri dengan lafaz taklik tersebut tetapi hanya bertujuan untuk melarang isteri daripada berjumpa dengan Jamaluddin.

Dalam kes Zainuddin Kamaruzzaman lwn Khairuzita Khairuddin , [2006] 1 CLJ (Sya) 366, Hakim Bicara telah mengulas bahawa lafaz taklik yang perlu kepada Mua’lah Alaib iaitu perbuatan pergi jumpa Jamaluddin dan ini disahkan sendiri oleh isteri. 

Hakim bicara selanjutnya telah menjelaskan dengan merujuk kepada kitab I’aanah at-Talibin, Juzuk 4 m/s 27 :

`Harus bertaklik talak seperti mana membebaskan hamba dengan syarat dan tidak harus menarik balik sebelum wajib sifat dan tidak berlaku talak sebelum wujudnya syarat’.

Di dalam kitab al-Sharqani at-Tharit, Juzuk 2, m/s 302 menyatakan :

`Sesiapa yang membuat taklik dengan satu sifat atau lafaz maka jatuh talak dengan satu talak dengan adanya perbuatan atau sifat seperti mana bentuk lafaz taklik yang dibuat itu’

Berdasarkan 2 nas hukum syarak di atas jelaslah bahawa lafaz taklik talak yang telah dilafazkan oleh suami adalah lafaz taklik yang tidak boleh ditarik balik sehingga ia berlaku atau perlanggaran taklik itu wujud iaitu syarat atau sifat dalam lafaz taklik iaitu `kalau you jumpa dia, jatuh talak beribu-ribu talak’. Syaratnya `kalau isteri pergi berjumpa Jamaluddin jatuh talak beribu-ribu talak’. 

Persoalan seterusnya, berapa jumlah talak yang jatuh?

Hakim bicara telah jelas menyebut berpandukan hukum syarak iaitu jika taklik seperti beribu atau sebanyak bintang di langit sekalipun ianya hanya akan dikira sekadar tiga sahaja iaitu jumlah yang maksima yang dibenarkan hukum syarak.

Di dalam kes ini, suami telah menjatuhkan satu talak kepada isteri sebelumnya. Maka baki talak ialah sebanyak sua talak lagi. Hakim seterusnya mensabitkan talak jatuh dua menjadikan tiga talak yang berjumlah kepada talak bain.

Adalah dinasihatkan supaya suami iaitu perayu di dalam kes ini menerima hakikat bahawa lafaz telah berlaku secara bain kubra dan wajar menerima ketentuan Ilahi ini dengan redha. Walaupun berat tetapi mahkamah ini menasihatkan supaya belajar mengenai hukum perkahwinan supaya menjamin rumahtangganya. Muslim dapat ditegakkan bukan hanya untuk nikah sahaja tetapi semua hukum-hukum yang terbit dari perkahwinan itu seperti bersekedudukan selepas bercerai tanpa rujuk yang sah, juga harus di ambil iktibar bahawa perbuatan itu menjejaskan akad nikah dan juga tidak sesuai sebagai rumahtangga muslim.

Bolehkah isteri menuntut tunggakan nafkah?


Bolehkah isteri menuntut tunggakan nafkah?




Salam Aidilfitri kepada semua pengunjung Pesona Syariah,


Apa pendapat anda sekalian? Boleh ke isteri-isteri menuntut tunggakan nafkah daripada suami? Ada dalil ke yang membolehkan isteri-isteri menuntut tunggakan nafkah daripada suami? Dulu tak pernah pun nak tuntut... kenapa sekarang baru nak tuntut?

Pelbagai persoalan tentunya bermain di fikiran suami-suami dan isteri-isteri. Bagi yang belum berumahtangga, ini merupakan satu `ilmu pengetahuan' yang amat berguna. Tentunya masa kursus pra-perkahwinan, penceramah ada memaklumkan tentang tanggungjawab suami memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak. Kalau ada yang `miss' tanpa sebab yang munasabah, maka para isteri dah nampak jalan cara nak memohon nafkah yang tertunggak atau terhutang tersebut.

Di dalam ayat al-Quran yang berbunyi :


الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاء بِمَا فَضَّلَ اللّهُ بَعْضَهُمْ عَلَى بَعْضٍ وَبِمَا أَنفَقُواْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ فَالصَّالِحَاتُ قَانِتَاتٌ حَافِظَاتٌ لِّلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللّهُ وَاللاَّتِي تَخَافُونَ نُشُوزَهُنَّ فَعِظُوهُنَّ وَاهْجُرُوهُنَّ فِي الْمَضَاجِعِ وَاضْرِبُوهُنَّ فَإِنْ أَطَعْنَكُمْ فَلاَ تَبْغُواْ عَلَيْهِنَّ سَبِيلاً إِنَّ اللّهَ كَانَ عَلِيًّا كَبِيرًا

maksudnya :

Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang saleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh karena Allah telah memelihara (mereka). Wanita-wanita yang kamu khawatirkan nusyuznya, maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka menaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.

Ayat di atas merupakan asas bagi hak wanita untuk menerima nafkah daripada suami. Perkataan `anfaqu' yang digunakan dalam ayat di atas berasal daripada perkataan nafaqa yang membawa maksud tanggung atau sara.

Saya teringat satu hadis yang bermaksud : `Sesungguhnya orang yang paling baik di kalangan kamu ialah orang yang paling baik menjelaskan hutang'

Wednesday, 15 August 2012

Pasangan kahwin lari mesti daftar semula




Pasangan `kahwin lari' mesti daftar semula


Berita Harian - Bicara kalbu: Pasangan 'kahwin lari' mesti daftar semula

SAYA sudah beristeri, namun jatuh cinta buat kali kedua. Keinginan untuk 'kahwin lari' semakin kuat kerana tidak mendapat restu isteri pertama. Apakah pandangan puan mengenai isu kahwin lari? Bagaimana pula hak isteri dan anak daripada pernikahan ini?
Suami Teringin,
Johor.

Jawapan :

Secara umumnya kahwin sorok-sorok atau lari tidak boleh dilihat secara terpisah daripada isu lain. Ia hanyalah sebahagian daripada gejala penyakit sosial yang membarah dalam masyarakat pada hari ini.

Menurut Islam, institusi keluarga mesti dibina atas tapak akidah kukuh, disusun mengikut acuan syariah yang lengkap dan dihias akhlak Islam yang unggul dan murni.

Oleh itu, dari sudut moral dan tanggapan masyarakat kahwin sorok-sorok dan kahwin lari menjatuhkan maruah diri dan keluarga. Ia akan menjadi sejarah hitam, merosakkan nama, reputasi dan menjadi sebutan hingga ke anak cucu. Sebaiknya, elakkan daripada melakukannya. Apabila terjadi perkahwinan yang sah, sama ada secara sembunyi atau terang-terang, hak dan tanggungjawab tidak boleh dielakkan. Jika ditakdirkan mendapat anak, maka haknya sama dengan anak isteri pertama dalam serba serbinya.

Bagi pernikahan sorok-sorok, mesti disabitkan sah oleh Mahkamah Syariah (didaftarkan semula menurut proses biasa dengan membayar denda).

Isteri bagi pasangan yang berkahwin lari atau sembunyi mempunyai hak yang sama dengan isteri pertama. Ada lapan hak isteri mesti ditunaikan dalam tempoh perkahwinan iaitu:

l) Mahar.

Firman Allah yang bermaksud: "Dan berikanlah kepada perempuan itu mas kahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian daripada mas kahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya." (Surah an-Nisa', ayat 4)

Ketika Khalifah Umar menganjurkan adanya had mas kahwin, ada seorang wanita tua yang menyanggah. Dan Umar bersetuju dengan pendapat wanita itu, dengan berkata: "Wanita itulah yang benar, Umar yang salah."

Seksyen 21 (1) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 memperuntukkan: Mas kahwin hendaklah biasanya dibayar oleh pihak lelaki atau wakilnya kepada pihak perempuan atau wakilnya di hadapan orang yang mengakadnikahkan perkahwinan itu dan sekurang-kurangnya dua orang saksi lain.

Seksyen 57 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 memperuntukkan:

Tiada apa juga yang terkandung dalam akta ini boleh menyentuh apa-apa hak yang mungkin ada pada seseorang isteri di bawah hukum syarak terhadap mas kahwinnya dan pemberian kepadanya atau apa-apa bahagian daripadanya apabila perkahwinannya dibubarkan.

2) Nafkah.

Firman Allah yang bermaksud: "Hendaklah orang yang mampu memberikan nafkah mengikut kemampuannya. Barang siapa yang sempit (sedikit)rezekinya, hendaklah memberi nafkah menurut yang diberikan Allah kepadanya.

Allah tidak memberati diri seseorang, melainkan menurut yang diberikan Allah kepadanya. Nanti Allah mengadakan kemudahan sesudah kesukaran." (Surah at-Talak, ayat 7)

Seksyen 59 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 memperuntukkan:

(1) Tertakluk kepada hukum syarak, mahkamah boleh memerintahkan seseorang lelaki membayar nafkah kepada isteri atau bekas isterinya

(2) Tertakluk kepada hukum syarak dan pengesahan mahkamah, seseorang isteri tidaklah berhak mendapat nafkah apabila dia nusyuz atau enggan dengan tidak berpatutan menurut kemahuan atau perintah sah suaminya, iaitu antara lain apabila dia menjauhkan dirinya daripada suaminya; meninggalkan rumah suaminya bertentangan dengan kemahuan suaminya; enggan berpindah bersama suaminya ke satu rumah atau tempat lain tanpa apa-apa sebab yang sah mengikut hukum syarak.

3) Perhubungan suami isteri.

Firman Allah yang bermaksud: "Isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang disukai dan sediakanlah amal yang baik untuk diri kamu; dan bertakwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemui-Nya pada hari akhirat kelak. Dan berikanlah khabar gembira kepada orang yang beriman." (Surah al-Baqarah, ayat 223)

4) Perlindungan daripada gangguan/penderaan.

Seksyen 52 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 memperuntukkan: Seseorang perempuan yang berkahwin mengikut hukum syarak adalah berhak untuk mendapat suatu perintah membubarkan perkahwinan atas satu atau lebih alasan berikut, bahawa suami menganiayainya, lazim menyakiti atau menjadikan kehidupannya menderita disebabkan kelakuan aniaya, berkawan dengan perempuan jahat atau hidup berperangai keji mengikut pandangan hukum syarak atau cuba memaksa
isteri hidup secara lucah.

Seksyen 107 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 memperuntukkan: Mahkamah berkuasa dalam masa perbicaraan hal ehwal suami isteri masih belum selesai atau pada atau selepas pemberian sesuatu perintah perceraian, fasakh, atau pembatalan, memerintahkan seseorang menahan dirinya dari mengganggu atau menceroboh dengan apa carapun ke atas suami atau isteri atau bekas suami atau bekas isterinya.

5) Keadilan.

Seksyen 128 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 memperuntukkan: Seseorang yang tidak memberi keadilan sewajar kepada isterinya mengikut hukum syarak adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya.

6) Membubarkan perkahwinan. Seseorang wanita berhak memohon perceraian dalam beberapa keadaan yang dibenarkan oleh hukum syarak dan diperuntukkan oleh Undang-Undang Keluarga Islam iaitu perceraian dengan talak atau dengan perintah, khuluk atau tebus talak, taklik atau janji, fasakh dan lian.

7) Memiliki harta.

8) Layanan baik dan bimbingan.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Berpesanlah kamu terhadap berbuat baik kepada perempuan, kerana sesungguhnya perempuan ini dijadikan dari tulang rusuk yang bengkok.

Sekiranya engkau cuba membetulkannya, ia akan patah, sekiranya engkau membiarkannya, dia akan terus bengkok." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).


Jawapan disediakan peguam cara dan peguam bela, Sazira Abdul Aziz, AJK Wanita JIM Muar. Persoalan lalu boleh dilayari di www.bicarakalbu.blogspot.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...