Wednesday, 28 December 2016
Hadiah Sebuah Kesunyian
Puas aku memujuk Zakiah agar bersabar.
Mudah aje aku melihat air matanya mengalir.
Sunyi katanya.
Semasa berumahtangga, ada suami pun terasa sunyi.
Setelah berpisah, tanpa suami pun tetap sunyi.
Sejak berkahwin lagi jiwanya sepi.
Jiwanya kosong.
Kosong tanpa kasih sayang.
Zakiah yang ceria, tetapi kosong jiwanya.
Handal berlakon!
Zakiah yang peramah, tetapi sepi bila sendirian.
Hah!
Zakiah yang aku kenali penuh dengan idea-idea yang kreatif.
Kelakar.
Rajin mengusik rakan taulan.
Pecah ketawa.
Zakiah itulah yang mengesat air mata apabila keseorangan.
Sibuk menguruskan anak-anak,
Sibuk menguruskan urusan pejabat,
Akhir bulan, menghitung pendapatan.
Cukup atau tidak untuk perbelanjaan anak-anak,
makan minum keluarga.
Kini, Zakiah yang sama.
masih mengukir senyum.
masih sibuk seperti dulu.
masih ramah seperti dulu.
mengharapkan
hari-hari sunyi bersama Ilahi
kerana indahnya sunyi itu,
sukar diungkapkan
bagi yang pernah merasai
sentiasa mengharap agar keindahan itu tidak berlalu pergi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment