Sunday, 11 March 2012
Poligami... satu pilihan
Poligami dibenarkan oleh Hukum Syarak kepada lelaki. Ianya merupakan satu keizinan dan bukanlah satu kewajipan. Poligami merupakan perkara yang jarang berlaku dan bercorak pengecualian. Ia tidak dilakukan kecuali ketika betul-betul memerlukan dan ia tidak diwajibkan oleh Sayarak terhadap sesiapapun. Akan tetapi ia diharuskan oleh Syarak kerana terdapat sebab-sebab dan alasan-alasan umum dan khusus.
Syarat Harus Poligami
Syarak telah mensyaratkan 2 syarat utama bagi keharusan poligami iaitu :
1. Melakukan keadilan di kalangan isteri-isteri
'...kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adl (di antara isteri-isteri kamu), maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja' (An-Nisa : 3)
2. Kemampuan pembiayaan
Sabda Rasulullah saw : 'Wahai para pemuda, siapa yang dikalangan kamu mempunyai kemampuan menyediakan belanja kahwin, maka hendaklah ia berkahwin...'
Hikmah Poligami
Antaranya ...
1. Membantu wanita janda yang hidup dalam kesusahan
2. menyelamatkan wanita yang tinggal di perantauan setelah kematian suami
3. Menyebarkan ajaran Islam
4. Mengukuhkan hubungan kekeluargaan
5. Menguruskan pendidikan dan tarbiyah anak-anak
6. Membantu anak-anak yatim yang kematian bapa
7. Mendapatkan zuriat
8. Memerlukan penjagaan kerana uzur
9. Isteri sedia ada uzur dan memerlukan penjagaan
10. Isteri ada halangan melakukan hubungan kelamin
11. Keadaan-keadaan tertentu seperti terdapat terlalu ramai wanita selepas terjadinya peperangan
Antara Hak-Hak Isteri
1. Hak layanan sama rata
2. Hak isteri sedia ada untuk hadir ke mahkamah untuk memberikan pandangan
3. Hak isteri sedia ada terhadap harta sepencarian sepanjang tempoh perkahwinan
4. Hak terhadap giliran bermalam
5. Hak terhadap tempat tinggal
6. Hak untuk mendapat pendidikan, bimbingan dan kasih sayang
Persediaan isteri sedia ada dan bakal isteri
1. Menyediakan diri dari segi mental, emosi dan rohani
2. Mengkaji latar belakang suami dan isteri
3. Melayani anak-anak 'madu' seperti anak sendiri
4. Membantu dan mengingatkan suami untuk berlaku adil
5. Bersikap pemaaf dan berikan peluang kepada isteri untuk menerima perubahan dengan kehadiran orang baru
6. Bertolak ansur demi menjaga keharmonian rumahtangga
7. Ingat! Anak-anak memerlukan kasih sayang secukupnya daripada seorang ayah, iaitu suami anda
8. Bersedia untuk ditinggalkan untuk beberapa hari (atau lebih lama) jika sekiranya berlaku kecemasan yang mana suami anda perlu memberikan perhatian kepada isteri atau keluarga isteri contohnya anak sakit, ibubapa sakit, majlis perkahwinan anak, anak graduasi dan sebagainya
9. Kawal perasaan cemburu dan sentiasalah bersangka baik terhadap suami dan keluarga
10. Ketahui hak-hak anda sebagai isteri dari sudut undang-undang dan hukum syarak
11. Banyakkan munajat kepada Allah swt kerana dugaan berpoligami amat besar, tambahan jiwa wanita amat sensitif dan halus
12. Tanamkan dalam hati bahawa suami tidak kekal, hanya pinjaman daripada Allah swt
Antara permasalahan dan cabaran
1. Keadilan oleh suami dalam perkahwinan berpoligami sukar ditentukan sebelum rumahtangga dengan bakal isteri didirikan
2. Suami hanya akan teruji untuk berlaku adil dengan adanya isteri-isteri (setelah berpoligami)
3. Suami mengelak untuk menjelaskan nafkah isteri dan nafkah anak-anak apabila mengalami masalah kewangan
4. Isteri-isteri terpaksa menanggung beban perbelanjaan keluarga, persekolahan anak-anak dan lain-lain bayaran
5. Suami berubah sikap menjadi panas baran dan tidak bertanggungjawab apabila menghadapi tekanan kewangan dan emosi
6. Anak-anak tidak dapat menerima hakikat bahawa masa mereka untuk bermesra dengan ayah telah berkurangan
7. Isteri dan anak-anak tidak dapat menerima perubahan seperti terpaksa berhari raya atau bercuti tanpa kehadiran seorang suami/ayah
8. Suami dan bakal isteri tidak dapat berfikir dengan rasional kerana dibayangi keindahan percintaan dan awal pernikahan tanpa memikirkan cabaran dan permasalahan yang bakal timbul setelah beberapa tahun rumahtangga didirikan
9. Suami sudah berusia atau akan pencen dan mempunyai pendapatan yang berkurangan atau tidak mencukupi untuk menanggung istero-isteri dan anak-anak yang masih kecil
10. Suami, isteri-isteri dan anak-anak akan mengalami tekanan emosi, mental dan kewangan
11. Campurtangan ahli keluarga suami dan isteri-isteri
12. Pengalaman pahit poligami oleh ahli keluarga, rakan-rakan dan sahabat handai mempengaruhi suami, isteri dan anak-anak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment